AKHIR RAMADAN

INFO RINGKAS

MEKAH

  • ⦁ Ziarah Hudaibiyah
  • ⦁ Ziarah Menasik
  • ⦁ Umrah dibimbing mutawwif berpengalaman 4 kali
  • ⦁ Ziarah Taif
  • ⦁ Hidangan Nasi Unta
  • ⦁ Mendaki Gua Hira'
  • ⦁ Ziarah Ja'aranah
  • ⦁ Ziarah Taif (Hidangan Nasi Unta)
  • ⦁ Ladang Unta


MADINAH

  • ⦁ Ziarah DALAM MASJID (RAUDAH, MAKAM NABI DAN DUA SAHABAT)
  • ⦁ Ziarah Perkuburan Baqi'
  • ⦁ Melawat Kebun Kurma
  • ⦁ Kilang Pembuatan Al-Quran (Tertakluk Kepada Kebenaran Arab Saudi)


TEMPAHAN & PEMBAYARAN

  • 1. Setiap tempahan bagi pakej umrah hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 1000 setiap seorang peserta.
  • 2. Pembayaran terus melalui wang tunai / perbankan atas talian / cek / bank draf kepada RAZA HOLIDAYS SDN. BHD.:
MAYBANK 5520-9522-1326
CIMB 8006-87-9944
  • 3. Pembayaran melalui orang ketiga tidak diterima.
  • 4. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket.
  • 5. Semasa berdaftar, jemaah hendaklah menetapkan jenis bilik yang dikehendaki, sekiranya ingin bilik berempat (Quad) mesti datangkan empat orang atau menunggu jemaah lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak,jemaah mungkin dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yangsedia ada.
  • 6. Caj tambahan Visa Umrah sebanyak SAR2000 dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang menunaikan umrah lebih dari sekali dalam tahun Hijrah yang sama.


NOTA PENTING

  • 1. Harga, perubahan tarikh penerbangan, matawang semasa dan juga pengurusan visa umrah tertakluk kepada terma & syarat.
  • 2. Perubahan harga mengikut kadar matawang semasa Malaysia-Arab Saudi.
  • 3. Aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
  • 4. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan Visa dari Kedutaan Arab Saudi.


TARIKH : 24 MAY - 06 JUNE

 

HARGA PAKEJ SEORANG (RM12 990)

 
TEMPOH BILIK BEREMPAT BILIK BERTIGA BILIK BERDUA
12HARI / 10MALAM TIADA CAJ TAMBAHAN + RM2 000 / ORANG + RM4 500 / ORANG


PENGINAPAN

 
TEMPAT HOTEL PENGINAPAN JARAK
MEKAH HOTEL NADA AL DEAAFAH 150 METER
MADINAH HOTEL CONCORDE DAR AL-KHAIR 120 METER


PAKEJ TERMASUK

  • 1. Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • 2. Cukai Lapangan Terbang.
  • 3. Permohonan visa umrah tertakluk kepada kelulusan Kedutaan Arab Saudi.
  • 4. Penginapan seperti yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • 5. Makan dan Minum seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
  • 6. Khidmat ziarah dan lawatan di Madinah dan Makkah
  • 7. Pengangkutan darat semasa di Tanah Suci.
  • 8. Hadiah dari kami:
    • - 2 Beg pakaian besar (28’ dan 20’)
    • - Beg sandang
    • - Kain ihram / telekung
    • - Buku panduan umrah
    • - Air Zam Zam
  • 9. Kursus Umrah Disediakan



PERCUMA DARI KAMI




CONTOH ID KAD YANG AKAN DIKELUARKAN UNTUK ANDA




CONTOH ID KAD YANG AKAN DIKELUARKAN UNTUK LUGGAGE ANDA





PERCUMA KAIN IHRAM / TELEKUNG


KAIN IHRAM

TELEKUNG




BUKU PANDUAN UMRAH PERCUMA


Seminar Ibadah Umrah
Download

Lengkap dari niat hingga doa perpisahan




BEG PERCUMA



PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • 1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • 2. Penggantian bagasi/barang pelbagai yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  • 3. Sebarang perubahan KADAR MATAWANG ASING dan kenaikan HARGA TIKET PENERBANGAN, CUKAI LAPANGAN TERBANG dan SURCAJ BAHAN API.
  • 4. Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dll.
  • 5. Lawatan tambahan yang tiada di dalam senarai aturcara
  • 6. Perkhidmatan penghantaran beg ke Semenanjung / Sabah & Sarawak


SERTAKAN BERSAMA

  • 1. Passport Antarabangsa (tempoh sah laku 6 bulan)
  • 2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm berlatar belakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki : Tidak bersongkok/ Wanita : Bertudung)
  • 3. Buku/ Surat suntikan meningitis ACYW135.
  • 4. Salinan surat beranak anak jika ikut serta yang disahkan oleh JPN.
    *Salinan sijil nikah jika isteri ikut serta yang disahkan oleh Pejabat Agama Islam (Bahagian Nikah, Rujuk, Cerai).
    *Bagi berumur 45 tahun dan ke bawah

PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

 
JEMAAH MAHRAM DOKUMEN DIPERLUKAN NOTA
1

Isteri

Di bawah umur 45 tahun

Suami

Salinan sijil nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra.

  • ✓ Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan suami isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
 2

Anak perempuan berumur di bawah 45 tahun & anak lelaki berumur di bawah 18 tahun.

Jika anak perempuan di bawah umur 15 tahun & anak lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta.

Bapa

Salinan sijil lahir anak yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

Salinan sijil nikah ibu bapa yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra.

Bagi anak perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikahnya yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra, surat keizinan (letter of consent) dari suami yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan suami yang disahkan oleh JPN. 

  • ✓ Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan.
  • ✓ Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN).
  • ✓ Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan adik beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3

Cucu

Jika cucu perempuan di bawah umur 15 tahun & cucu lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta.

Datuk

Kedua-dua belah keluarga   

(bapa / ibu).

Salinan sijil lahir cucu yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

Salinan sijil lahir ibu / bapa (bagi membuktikan hubungan dengan datuk) yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN.

4

Adik beradik perempuan di bawah 45 tahun & adik beradik lelaki di bawah 18 tahun

Jika adik beradik perempuan di bawah umur 15 tahun & adik beradik lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta.

Adik beradik lelaki 18 tahun ke atas

Yang telah mencapai umur 18 tahun semasa permohonan visa.

Salinan sijil lahir kedua-dua adik beradik yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN.

Bagi wanita yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikahnya yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra, surat keizinan (letter of consent) dari suami yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan suami yang disahkan oleh JPN. 

  • ✓ Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan.
  • ✓ Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN).
  • ✓ Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan adik beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
 5

Anak saudara

Jika anak saudara perempuan di bawah umur 16 tahun & anak saudara lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta.

Bapa saudara

Kedua-dua belah keluarga     (bapa / ibu). 

Salinan sijil lahir anak saudara, dan bapa saudara, salinan sijil lahir ibu / bapa yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra (bagi membuktikan hubungan).

Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN. 

  • ✓ Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan.
  • ✓ Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN).
6

Ibu saudara

Anak saudara

Yang telah mencapai umur 18 tahun semasa permohonan visa.

Sebelah abang atau kakak.

Salinan sijil lahir ibu saudara dan anak saudara, salinan sijil lahir ibu / bapa kepada anak saudara yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra. (bagi membuktikan hubungan).

Surat keizinan (letter of consent) dari suami / bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan suami / bapa yang disahkan oleh JPN.

Bagi wanita yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikahnya yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra. 

  • ✓ Bagi ibu / bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan.
  • ✓ Perlu surat keizinan (letter of consent) dari adik beradik lelaki atau waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN).
7

Anak tiri

Ibu kandung perlu turut serta.

Bapa tiri

Salinan sijil lahir anak tiri yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

Salinan sijil penceraian ibu bapa kandung yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra.

Salinan sijil nikah ibu bapa tiri yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra.

Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN.

  • ✓ Bagi bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan.
  • ✓ Perlu surat keizinan (letter of consent) dari waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN).
  • ✓ Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan anak-bapa tiri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
8

Anak angkat

Ibu angkat perlu turut serta.

Bapa angkat

Salinan sijil lahir anak angkat yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

Salinan sijil pengambilan anak angkat yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

  • ✓ Pastikan salinan sijil lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • ✓ Surat akuan sumpah bagi membuktikan hubungan anak-bapa tiri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. 
9

Muallaf

Salinan kad / surat memeluk agama Islam yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Muallaf) dan Wisma Putra.

  1. -Salinan sijil nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk) dan Wisma Putra.
  2. -Salinan sijil lahir adik-beradik yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. **Surat keizinan (letter of consent) dari bapa yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN **
  • ✓ Bagi bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra perlu disertakan.
  • ✓ Perlu surat keizinan (letter of consent) dari waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan seperti sijil lahir dan salinan kad pengenalannya (disahkan JPN). (sekiranya ada)
10

Warganegara asing

Permastautin tetap (PR):

  1. - Salinan kad pengenalan PR yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. - Surat pengesahan majikan (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra.
  3. - Jika tidak bekerja, sertakan surat akuan sumpah (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Wisma Putra.

Permit/Visa bekerja (Multiple entry: Tidak kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan):

  1. - Surat pengesahan majikan (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra.
  2. - Surat keizinan (letter of consent) dari majikan yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra, serta salinan kad          pengenalan majikan yang disahkan oleh JPN.

Permit/Visa belajar (Multiple entry: Tidak kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan):

  1. - Surat pengesahan dari kolej / universiti / sekolah yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. (Surat pengesahan dalam Bahasa Inggeris).

Permit/Visa keluarga (Multiple entry: Tidak kurang 6 bulan dari tarikh penerbangan):

  1. - Salinan sijil nikah / sijil lahir yang disahkan oleh kedutaan masing-masing dan Wisma Putra.
  2. - Surat akuan sumpah (dalam bahasa Inggeris) yang disahkan oleh Wisma Putra.
  3. - Visa / permit perlu sahlaku 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan visa.
  • ✓ Pembantu rumah (maid) mestilah bermahramkan majikan, tidak boleh pergi sendiri tanpa mahram.
  • ✓ Nama pada pasport hendaklah mempunyai bin / binti serta nama bapa.
  • Jika tiada, sila ke kedutaan untuk buat tambahan dalam pasport.
  • ✓ Pembantu rumah (maid) yang bermahramkan bapa, anak atau adik 
  • beradik lelaki majikan, perlu surat keizinan dari majikan yang disahkan
  • oleh Notary Public dan Wisma Putra, serta surat keizinan (letter of
  • consent) dari majikan yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma
  • Putra, serta salinan kad pengenalan bapa yang disahkan oleh JPN
  • ✓ Hal-hal lain tertakluk kepada budi bicara Kedutaan Arab Saudi.

Lain-lain:

*Syarat-syarat terkini:

  1. Wanita di bawah 45 tahun dan lelaki di bawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur 18 tahun ke atas. (Yang telah mencapai umur 18 tahun semasa permohonan visa)
  2. Jemaah perempuan di bawah umur 15 tahun & jemaah lelaki di bawah umur 13 tahun, ibu kandung perlu turut serta.
  3. Visa WOMEN GROUP hanya boleh untuk jemaah berumur 45 tahun ke atas. (Yang telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan visa)
  4. Surcaj Visa SR2000 - Bagi jemaah yang telah pergi dalam tahun hijrah yang sama atau tahun sebelum.
  5. Letter of Consent - Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa  kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)
  6. Sebarang perubahan dokumen adalah tertakluk kepada kemaskini terbaru oleh Kedutaan Arab Saudi (Saudi Embassy) dari masa ke semasa.

* Jemaah yang pergi bersama adik beradik lelaki/datuk / bapa saudara / bapa tiri:

  1. Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
  2. Letter of Consent dari bapa kandung / suami untuk tumpang mahram bersama adik beradik lelaki / Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri di depan Pesuruhjaya Sumpah (Muslim sahaja) berdekatan. 
  3. Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.
  4. Download: Klik kanan dan Save.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis:

  1. Paspot Original (7 bulan dari tarikh balik penerbangan) dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang) 75 hari sebelum tarikh penerbangan.
  2. Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa) diisi di lampiran Borang Pendaftaran Baitulmaqdis.
  3. Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun.
  4. 2 keping gambar berukuran paspot berlatar belakang warna biru ukuran 3cm x 5cm.
  5. Borang dari Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diisi dan ditandatangani.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis:

  1. Borang Pendaftaran Baitulmaqdis 1
  2. Borang Pendaftaran Baitulmaqdis 2

Semakan Status Kawalan Imigresen :

  1. Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.
  2. Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia: http://sspi2.imi.gov.my/
  3. Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
  4. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.

12 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH RAZA HOLIDAYS

2 KALI SOLAT JUMAAT

Raza Holidays merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menyusun jadual untuk memastikan jemaah mendapat 2 kali solat jumaat yang pertama di Makkah (Masjidil Haram) dan yang kedua di Madinah (Masjid Nabawi).

PERCUMA ZIARAH TAIF

Raza Holidays membawa Jemaah ziarah Taif secara percuma tanpa ada sebarang bayaran. Kebiasaanya, ada agensi pelancongan yang lain mengenakan bayaran SAR250 untuk membawa Jemaah ke Taif.

KELENGKAPAN UMRAH

Raza Holidays menyediakan kelengkapan Umrah untuk kemudahan para Jemaah seperti:  
Kain Ihram untuk Jemaah lelaki dan telekung untuk Jemaah •  perempuan  
Uncang kasut •
Bagasi bersaiz 28’ dan 20’ •

PENERBANGAN TERUS

Raza Holidays menggunakan penerbangan terus sama ada Malaysia Airlines atau Saudi Airlines untuk memastikan keselesaan para Jemaah.

TIDAK MENGGUNAKAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH

Raza Holidays hanya menggunakan penerbangan domestik dan bukan penerbangan tambang murah bagi memastikan keselesaan setiap Jemaah kami.

4 KALI UMRAH BIMBINGAN MUTAWWIF BERPENGALAMAN

Pakej umrah Raza Holidays akan dibimbing oleh mutawwif yang berpengalaman dari Malaysia. Raza Holidays mewajibkan mutawwif untuk membimbing Jemaah mengerjakan ibadah umrah sebanyak 4 kali. 
• Yang pertama Miqat di Qarnul Manazil. 
• Yang kedua Miqat di Jaranah. 
• Yang ketiga Miqat di Hudaibiyah. 
• Yang keempat ketika balik dari ziarah Taif.
Isu yang selalu berlaku adalah ; Mutawwif hanya menemani Jemaah sekali sahaja tetapi yang istimewa di Raza Holidays kami mewajibkan mutawwif kami untuk mengerjakan umrah sebanyak 4 kali bersama Jemaah. 

PENGINAPAN BILIK BEREMPAT

Raza Holidays sentiasa memastikan keselesaan para Jemaah dengan menyediakan 4 orang Jemaah untuk 1 bilik tidak seperti yang disediakan oleh agensi pelancongan yang lain iaitu seramai 10 orang untuk sebilik.

PERKHIDMATAN BAS DISEDIAKAN

Raza Holidays menyediakan perkhidmatan bas semasa pergi dan balik ke/dari KLIA.

PERCUMA KURSUS UMRAH

Raza Holidays menyediakan kursus umrah sebanyak 3 kali kepada semua Jemaah sebelum bertolak. Ini bagi memastikan Jemaah memahami dan bersedia untuk berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

TIADA CAJ TAMBAHAN

Raza Holidays tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada para Jemaah. Harga yang ditawarkan Raza Holidays adalah sudah tetap. Contohnya ada sesetengah pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan lain terdapat perkataan ‘DARI’ pada harga yang ditawarkan.

MAKAN NASI ARAB DAGING UNTA

Sebelum pulang ke Malaysia, Jemaah Raza Holidays akan menikmati hidangan Nasi Arab Daging Unta di Madinah.

MAKAN MINUM FULLBOARD 3 KALI SEHARI

Di Raza Holidays kami mewajibkan pakej kami menyediakan makan dan minum sebanyak 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

APA KATA PELANGGAN KAMI

Testimoni Pelanggan Kami

Apa kata mereka tentang perkhdmatan yg kami berikan

Saranan pakcik, inilah peluang untuk jemaah yang lain-lain sekiranya ada rezeki datanglah bersama Raza Holidays. Bagi pakcik, Raza Holidays ini lain daripada yang lain... ini pengalaman pakcik dari yang lalu dan yang lepas...

ENCIK ADNAN BIN DAUD

Dapat datang ke Tanah suci  ini dengan pakej Raza Holidays, dengan layanan yang istimewa sangat-sangat...

Raza rerbaik!

PUAN RAHIMAH BINTI ABU BAKAR

Syukur makcik dapat datang dengan Raza Holidays. Makcik dapat buat umrah 4 kali. Makcik rasa bersyukur sangat-sangat...

Raza Holidays terbaik!

PUAN ROHIMAH BINTI ISMAIL

Semasa di Mekah, kita dapat penginapan yang bagus, pimpinan dari mutawif juga alhamdulillah menyokong kami, memberi  semangat dan panduan...

PUAN SAPROH BINTI AKHIRI